syed zainal blog
Sunday, 11 December 2011
Monday, 5 December 2011
PENDIDIKAN MUZIK- ALAT ALAT MUZIK TRADISIONAL
SEJARAH PERMULAAN KEMASUKAN ALAT ALAT MUZIK LUAR KE TANAH MELAYU.
Alat alat muzik tradisional banyak dipengaruh oleh muzik ditanah Melayu.Sejarah mencatat sejarah muzik melayu muzik kat tanah melayu ni dicatatkan bermula pada kurun ke-14. pada zaman ni, muzik adalah sebagai
sebuah nyanyian bagi upacara keagamaan, upacara penyembahan dewa-dewi, pantai atau pertabalan.
selain itu ianya juga adalah ajaran tidak rasmi bagi etika, moral dan peradaban.
Teori paling kuat untuk mengaitkan muzik melayu waktu itupengaruh muzik ada didalam muzik melayu seperti permainan nobat di Istana istana zaman dahulu. Kurun berikutnya, muzik melayu dah bertambah dengan kedatangan china, arab dan eropah. macam dondang
sayang, dikatakan dibawa oleh pedagang pedagang china ke melaka.
Oleh sebab itu golongan baba dan nyonya suka muzik
macam ni. Selepas itu Pedagang arab datang ke Tanah,
rentak irama ghazal, hadrah, qasidah, zanji dan lain lain. Perdagang portugis pulak membawa muzik dan tarian mereka ke Tanah Melayu
Satu lagi fakta penting! mereka jugak yang bawak spanish guitar atau sekarang ni lebih dikenali sebagai
gitar tong/gitar kapok! selepas itu pada kurun ke-16 pulak mereka membawa alatan2 muzik seperti tamborin,
biola dan clavichord/virginal (seakan akordian). ha, alat2 muzik yang mengiringi ghazal.
Selepas era penjajahan Portugis giliran Belanda pulak masuk ke Tanah Melayu Mereka membawa alat2 muzik seperti
mandolin, banjolin dan chittara/gittern (seperti gitar, tapi ade lima tali yg di lapis dua macam gitar klasik).
golongan india muslim pulak tiba ke tanah melayu ni pada kurun ke-18 mereka ni pulak membawa boria sampai la sekarang.
ALAT ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA.
Kita telah mengetahui serba sedikit tentang sejarah kedatangan alat alat muzik luar ke tanah Melayu.terdapat pelbagai alat alat muzik tradisional yang boleh kita ketahui terbahagi kepada lima :
KORDOFON
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
MEMBRADOFON
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.
EROFON
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
IDIOFON
3. GAMBUS
Pengenalan |
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. |
Fungsi |
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. |
Cara Bermain |
Dipetik bagaimana cara bermain guitar. |
CARA BERMAIN GAMBUS |
GAMBUS |
4 PIPA
Pengenalan | ||
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. | ||
Fungsi | ||
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. | ||
Cara Bermain | ||
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik. | ||
Lain-lain Gambar
|
5.REBAB
Pengenalan
|
Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
|
Fungsi
|
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.
|
Cara Bermain
|
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.
|
REBAB |
CARA BERMAIN REBAB |
6 SAPEH
Pengenalan |
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. |
Fungsi |
Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak. |
Cara Bermain |
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya. |
Lain-lain Gambar |
SAPEH |
CARA BERMAIN |
7. SATONG
Pengenalan |
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar. |
Fungsi |
Dimainkan ketika mengisi masa lapang. |
Cara Bermain |
Tali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan. |
Lain-lain Gambar |
SATONG |
9.SITAR Pengenalan |
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. |
Fungsi |
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. |
Cara Bermain |
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo. |
Lain-lain Gambar |
CARA BERMAIN |
SITAR |
MEMBRANOFON
Terdapat 7 jenis alat muzik tradisional yang terdapat dalam kategori membranofon iaitu;
1. Beduk
2. Gedombak
3. Geduk
4. Gendang jawa
5. Jidur
6. Kompang
7. Maruas
1.Beduk
Pengenalan |
Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki. |
Fungsi |
Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung. |
Cara Bermain |
Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja. |
Lain-lain Gambar |
beduk |
2. GEDOMBAK
Pengenalan |
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. |
Fungsi |
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. |
Cara Bermain |
Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya. |
Lain-lain Gambar |
3. GEDUK
Pengenalan |
Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak. |
Fungsi |
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. |
Cara Bermain |
Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu. |
Lain-lain Gambar |
Pengenalan |
Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. |
Fungsi |
Digunakan untuk persembahan kuda kepang. |
Cara Bermain |
Gendang Jawa di palu dengan kedua belah tangan. |
Lain-lain Gambar |
5. JIDUR
Pengenalan |
Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. |
Fungsi |
Digunakan untuk persembahan kuda kepang. |
Cara Bermain |
Jidur dipalu dengan menggunakan dua batang kayu. |
Lain-lain Gambar |
6. KOMPANG
Pengenalan |
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. |
Fungsi |
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau |
Cara Bermain |
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. |
Lain-lain Gambar |
Kompang |
7. MARUAS
Pengenalan |
Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya. |
Fungsi |
Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin. |
Cara Bermain |
Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi. |
Lain-lain Gambar |
Maruas |
EROFON
Terdapat 8 jenis alat muzik dalam kategori erofon iaitu :
1. Engkerurai
2. Hormonium
3.Nafiri
4 Pepuling
5.Seluring
6. Serunai
7.Sheng
8.Sompoton
Pengenalan |
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan. |
Fungsi |
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. |
Cara Bermain |
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. |
Lain-lain Gambar |
Engkekurai |
2. HARMONIUM
Pengenalan |
Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak yang berbentuk empat segi panjang dan dibuat dari kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam badannya. Kibod dipasang pada bahagian atas badannya. |
Fungsi |
Dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan. |
Cara Bermain |
Puputan dibomba (pump) dengan sebelah tangan. Kibod ditekan dengan jari pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari puputan menyebabkan pipit bergetar dan berbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata-mata kibodnya. |
Lain-lain Gambar |
Harmonium |
3. NAFIRI
Pengenalan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Fungsi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cara Bermain | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lain-lain Gambar | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. PEPULING
|
Subscribe to:
Posts (Atom)